Pada 17 hinga 19 Mei 2013, PLNJ dengan kerjasama PLDJB mengadakan kursus diatas yang diadakan di Sek. Men. Keb. Taman Desa Jaya. Seramai hampir 50 orang peserta bersama dengan 15 orang jurulatih dan pembimbing mengikuti kursus ini. Turut hadir ialah Tuan Haji Ibrahim Abdullah, Pengerusi PLNJ.
Antara modul yang dijalankan seperti Perancangan Program, Perjumpaan Pek/Troop, Organisasi WOSM, Komunikasi dan beberapa aktiviti pangkalan dan LDK. Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Tuan Haji Yaacob bin Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Turut hadir juga ialah Tuan Pengetua SMK. Taman Desa Jaya sebagai tuan rumah kursus ini.
Hj Ibrahim - Pengerusi PLNJ sedang memberikan
ceramah kursus
Peserta kursus sedang menjalankan LDK
Antara barisan Jurulatih & Pembimbing kursus
Istiadat pagi peserta kursus
Salah satu aktiviti pangkalan lencana kemajuan pengakap
Persembahan Perjumpaan Khas Pek Bertema
Majlis penutup oleh Tuan Haji Yaacob Karim
Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor
No comments:
Post a Comment