My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Sunday, February 6, 2011

Perginya Seorang Tokoh Pengakap Yang Disegani

Photobucket

Tuan Haji Hamidon bin Harun mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah kembali ke rahmatullah pada 5 Februari 2011 lebih kurang pukul 12.30 malam di Hospital Pakar Ampang.

Jenazah almarhum akan disembahyangkan di Masjid Taman Tun Razak Ampang, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan KOSAS pada 6 Februari 2011.

Beliau seorang tokoh Pengakap negeri Johor yang aktif dan disegani. Beliau seorang yang berpewatakan lemah lembut tetapi tegas, dan tetap pendirian. Walaupun beliau mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit jantung, semasa hayatnya beliau masih berupaya memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Negeri Johor selepas mantan Tn Hj Ibrahim bin Junid dilantik sebagai ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia.

Apabila segala tugas yang telah diamanahkan ke atas beliau telah selesai serta berpuas hati dengan organisasi PPMN Johor yang telah mantap, maka ketika itu beliau membuat keputusan untuk menyerahkan jawatan Pesuruhjaya Negeri kepada Tn Hj Yaacob bin A Karim hingga sekarang.

Perginya almarhum merupakan satu kehilangan besar bagi PPMNJ. Jasa dan bakti yang telah beliau sumbangkan pasti tetap dikenang buat selamanya.


Al-Fatihah

Semoga roh almarhum dicucuri rahmat serta ditempat bersama-sama orang yang beriman dan para solihin.

~ Artikel dari PPMNJ

- Salam Takziah dari kami ERC untuk keluarga Tn. Hj. Hamidon bin Haron

No comments: