
Pada 27 Jun 2010, ERC dan Kumpulan 35 telah menghantar seramai 12 orang ahli mengikuti Larian Semarak Perisytiharan MPPG sempena menyambut perisytiharan Pasir Gudang menjadi Majlis Perbandaran pada 1 Julai ini. Seramai 30 orang peserta larian diketuai oleh En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon Air Biru 2 yang juga Pemimpin Pengakap ERC mewakili MPPG Zon Air Biru 2. Penyerahan Baton Watikah Perisytiharan diserahkan olen Tn. Hj. Jamari - Pengerusi JKP Zon Air Biru 3 kepada En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ahli Majlis Zon Air Biru 2 di Hentian 14 Kebayan Tembusu dan memulakan larian sejauh 1.5 km sehingga ke Hentian ke 15 di Kebayan Sena, Rumah Pangsa Peringkat 1.
Selain program larian diatas, Echo Rovers Crew (ERC) mengadakan aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak - kanak dan telematch. Pihak penganjur Larian Semarak juga mengadakan aktivitinya iaitu pertandingan kuiz perisytiharan, edaran kupon cabutan bertuah dan cenderahati yang lain yang dikendalikan oleh jemputan khas dari RTM Johor, En. Azizan. Baton kemudian diserahkan kepada En. Hassan bin Sanip - Pengerusi JKP Zon Air Biru 1 untuk larian seterusnya. Larian ini akan berakhir di Hentian ke 20 pada malam 30 Jun di Menara Aqabah. Seorang ahli pengakap kump. 35 telah dipilih mewakili zon Air Biru 2 mengikuti larian terakhir dan penyerahan Baton Perisytiharan kepada Menteri Besar Johor di Menara Aqabah pada 30 Jun 2010.

Penyampaian Baton Perisytiharan oleh Tn. Hj. Jamari
kepada En. Sabapathy di Hentian 14 Kebayan Tembusu

menuju Hentian 15 Kebayan Sena

Pertandingan mewarna di Kebayan Sena
Rumah Pangsa Peringkat 1

Antara ahli Pengakap ERC sedang bergambar bersama
En. Sabapahty Ahli Majlis MPPG yang juga Penaung
Echo Rovers Crew

Antara penduduk di sekitar kawasan Zon Air Biru 2
yang hadir memeriahkan program ini

En. Azizan dari RTM Johor sedang mengendalikan
pertandingan kuiz Semarak Perisytiharan

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna
disampaikan oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon Air Biru 2

Antara acara Telematch yang dikendalikan oleh Echo Rovers Crew
No comments:
Post a Comment