My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, February 23, 2010

Kegiatan COMBI dan Gotong Royong Zon Tmn Air Biru 2 Kali Ke 2

Pada Ahad 21 Febuari 2010, Pasukan Pengakap Komuniti dijemput menjayakan program diatas bagi membantu membersihkan kawasan sekitar Masjid Taman Air Biru dan Tadika KEMAS Rumah Pangsa Peringkat 1 anjuran JKP Zon Taman Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2. Selain dari pengakap, seramai 30 orang terlibat dari COMBI Zon Tmn Air Biru 2, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 dan Persatuan Penduduk Perjiranan 10 hadir bersama - sama bergotong royong membersihkan persekitaran Masjid dan Tadika KEMAS. Turut hadir wakil dari Jabatan Kesihatan MPPG, En. Ariffin bagi bersama - sama menjayakan program ini. Selain gotong - royong, para peserta juga menghapuskan serta memastikan tiada lagi tempat - tempat pembiakan nyamuk aides dikawasan berkenaan. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Kumpul baju dan kain banyak - banyak

Sedang membersihkan pekarangan masjid

Posing - posing sambil membersihkan halaman Tadika KEMAS

Bersama - sama penduduk membersihkan pagar tadika

Berehat setelah penat bergotong royong

No comments: