My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, July 1, 2009

Mini Konvoi Amal Bermotor Gabungan Pemuda Tmn Air Biru

Pasukan ERC dijemput menghantar pesertanya seramai 5 orang diketuai oleh En. Khairul Fahmi bagi menyertai program diatas yang diadakan pada 27 hingga 28 Jun 2009 anjuran Gabungan Pemuda Kawasan Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sebanyak 27 buah motor dengan penyertaan seramai lebih 35 orang mengikuti konvoi ini. Konvoi ini bermula dari Perjiranan 9, Pasir Gudang hingga ke Titian Resort, Teluk Sepang, Kota Tinggi. Majlis pelepasan konvoi disempurnakan oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Para konvoi dijaga oleh Kelab Masyal Konvoi Johor dan Polis Traffik Caw. IPD Sri Alam. Para peserta kemudian berhenti di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi bagi menjalankan kerja amal di kawasan felda tersebut sebelum bertolak ke Teluk Sepang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Bola Sepak Pantai, Ceramah Belia, BBQ, berkaraoke dan Majlis ramah mesra bersama ADUN Tanjung Sedili. Para peserta bertolak pulang dan berakhir di Komplek Pusat Bandar, Pasir Gudang.

Antara wakil peserta dari ERC

Pelepasan Konvoi oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud
Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang

Peserta konvoi sedang mengisi minyak di
stesen minyak Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi

Pertandingan bola sepak pantai, antara aktiviti di
Teluk Sepang, Kota Tinggi

No comments: