My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Monday, February 16, 2009

Kem Xplorasi Kumpulan Kali ke 9

Pada 7 hingga 9 Febuari 2009, Pasukan 35 Terbuka dan ERC telah mengadakan Kem diatas yang diadakan di Kampung Tanjung Buai, Telok Sengat, Kota Tinggi. Semua ahli pengakap bertolak dari Pasir Gudang jam 4.00 petang dan berhenti singgah di Pekan Teluk Sengat sebelum meneruskan perjalanan hingga ke destinasi. Antara aktiviti yang dijalankan disana ialah latihan - latihan kemahiran perkhemahan serta asas renang, menjalankan khidmat komuniti bersama penduduk kampung disana, permainan pantai dan kembara pantai. Disana juga ahli pengakap berpeluang mengenali dengan lebih dekat hidupan air yang boleh dimakan seperti belangkas, kerang, siput gonggong dan boren (Cendawan Laut). Ahli pengakap bertolak pulang pada jam 1.00 petang dan selamat sampai ke Pasir Gudang jam 3.00 petang.



No comments: