My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Saturday, January 1, 2000

LATAR BELAKANG

Pada peringkat awal sebelum tertubuhnya Kumpulan 35 terbuka JB, Ianya berasal dari sebuah pasukan kumpulan terbuka yang berada dibawah naungan Pasukan Pengakap Kanak-Kanak Kumpulan 87 JB Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh yang ditubuhkan oleh En. Ashok a/l Velayutham sekitar tahun 1990an. Beliau adalah seorang guru dan juga seorang pemimpin pengakap sekolah berkenaan. Kumpulan ini hanya dianggotai oleh bekas ahli pengakap kanak-kanak sekolah berkenaan yang melanjutkan pelajaranya di peringkat Sekolah Menengah Rendah. Pasukan ini bergerak aktif dan banyak memberi sumbangan dalam segi ilmu, kepakaran, tenaga dan lain-lain lagi demi menaikan nama Kumpulan 87 JB.


Hal ini berterusan sehinggalah pada awal tahun 1993 dimana En. Azhar bin Noor Rahman seorang Pemimpin yang berasal dari daerah Pontian telah mengemukakan cadangan agar kumpulan terbuka ini didaftarkan sebagai satu pasukan tersendiri di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada 10 Ogos 1993 terdaftarnya pasukan pengakap ini yang dinamakan Pasukan Pengakap Laut Kumpulan 35 terbuka JB yang bernombor pendaftaran M 8837. Dengan terdaftarnya pasukan ini maka terpisahlah ia dari Organisasi Pasukan Pengakap kanak-kanak Kumpulan 87 JB dan membentuk Organisasinya sendiri.


En Azhar bin Noor Rahman yang telah mengemukan cadangan tersebut telah dilantik sebagai Ketua Pemimpin yang pertama dan En. Ithnin bin Malik, Pengurus Besar Kejuruteraan Kapal Masai sebagai Penaung Pasukan yang pertama. Pada 25 Ogos 1993 pasukan 35 telah mengadakan aktiviti sulongnya iaitu Pengembaraan Berjalan kaki kali pertama yang bermula dari Sek. Keb Pasir Puteh hingga Masjid Jamek Pasir Gudang yang disertai seramai hamper 40 orang ahli pengakap. Dari tarikh inilah bermulanya titik perjalanan hidup Pasukan 35 ini hingga sekarang. Berbagai aktiviti yang dibuat dan yang disertai oleh kumpulan tak kira di peringkat Zon, daerah, Negeri dan Kebangsaan. Yang paling mengemparkan ialah dalam masa usia yang terlalu muda, kumpulan 35 telah berjaya melahirkan seorang Pengakap Raja yang menjadi perintis kepada pengakap-pengakap Raja kumpulan 35 yang berikutnya.


Pada penghujung November 1994, En. Azhar bin Noor Rahman telah menubuhkan satu pasukan pengakap kelana yang menjadi penerus kepada pengakap remaja yang telah meninggalkan bangku Sekolah Menengah. Memandangkan ramai pengakap remaja yang akan tamat persekolahnya tetapi masih ingin menyertai pasukan 35 ini maka dengan itu tertubuhnya pasukan tersebut bergelar Pasukan Pengakap Kelana Pasir Gudang. Penyertaan demi penyertaan dari pengakap remaja kumpulan 35 dan pemimpin-pemimpin kumpulan lain telah mendorong agar didaftarkan ke Ibu Pejabat PPM maka pada 14 Febuari 1995 tertubuhnya Pasukan Kelana “B” JB yang bernombor pendaftaran M 4705.


Walaupun begitu pasukan ini hanya bertahan selama 2 tahun dan tidak dapat bergerak dengan baik atas sebab-sebab tersendiri dan kekurangan tenaga dalam pasukan ini. Pada tahun 1997 Pasukan Kelana “B” JB telah berpindah milik kepada Pasukan Pengakap Laut Kumpulan 45 JB Sek. Men. Keb. Pasir Gudang 2 dan kemudian diserahkan kepada Pasukan Kelana Politeknik Johor Bahru. Sebagai penganti, satu lagi pasukan pengakap kelana ditubuhkan dalam organisasi kumpulan 35 atas permintaan ahli-ahli pengakap yang bakal tamat persekolahanya.


Dengan inisiatif En. Norhazli bin Mohamad, Ketua Pemimpin Kumpulan 35 dan pemimpin-pemimpin lain akhirnya ditubuhkanya Pasukan Pengakap Kelana “E” JB pada Julai 2002 dimana En. Norhazli sendiri dilantik sebagai Pemimpin Sementara Pengakap Kelana berkenaan. Usaha untuk mendaftarkan pasukan kelana ini ke Ibu Pejabat PPM akhirnya membuahkan hasil apabila Pasukan Kelana E JB telah rasmi berdaftar di PPM pada 15 Jun 2003 bernombor M 9696.


Kini peranan dan tanggungjawab pasukan ini diperluaskan lagi setelah sistem pentadbiran mengikut Zon diperkenalkan dalam Daerah Johor Bahru Iaitu Zon Barat ( Gelang Patah ), Zon Tengah( Johor Bahru ) dan Zon Timur ( Pasir Gudang ) dimana Pasukan kelana E yang sekarang ini dikenali sebagai Echo Rovers Crew memainkan peranan yang lebih penting dalam memastikan pentadbiran di Zon Timur lancar serta dapat melaksanakan program - program latihan serta membantu pasukan-pasukan lain yang berada dalam Zon Timur ini. Membantu ADC Zon Timur dalam menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti yang dijalankan di Zon Timur mahupun daerah Johor Bahru.


Penanung ERC & Terbuka 35 (1993-2012)

1. En. Ithnin bin Malik

2. Tuan Haji Bachok bin Nohong

3. En. Zanurian bin Ahmad

4. Tuan Haji Bachok bin Nohong

5. En. Sabapathy a/l Ramasamy


Ketua Pemimpin ERC & Terbuka 35 (1993-2012)

1. En. Azhar bin Noor Rahman

2. En. Khairul Fahmi bin Jaafar

3. En. Zulkifli bin Ahmad

4. En. Norhazli bin Mohamad


Ketua Krew ERC (2003-2012)

1. Noraslina binti Mohamad

2. Faridah binti Ismail

3. Khairul Hezley bin Rahiman

4. Faizal bin Nasir


Troop Leader Kumpulan 35 Terbuka JB (1993-2012)

1. Norhazli bin Mohamad

2. Khairul Fahmi bin Jaafar

3. Nazrul Emzie bin Zainal

4. Suhaimi bin Shamsudin

5. Syamzari bin Mohd Ariff

6. Mohd Radzi bin Yunos

7. Khairul Faiz bin Jaafar

8. Siti Dora binti Ibrahim

9. Ruzaimi bin Shahrom

10.Hafiz bin Pundarman

11.Mohd Rafee bin Mohd Ramlee

12.Noor Ramiza binti Mohd Ramlee

13.Khairul Hezley bin Rahiman

14.Nur Safinaz binti Muktar

15.Azizi bin Rahmat

16.Nur Fitriah binti Abd Ghani

No comments: