- Echo Rover Crew & Terbuka 35
- No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.
Email: pengakap35e@yahoo.com
Friday, September 18, 2009
Majlis Bacaan Yassin Serta Berbuka Puasa ERC dan Terbuka 35 JB
Tuesday, September 1, 2009
Mini Night Xplore Race Sempena Menyambut Ambang Merdeka
Monday, August 31, 2009
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN
31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia. Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.
Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.
Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?
Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.
Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Friday, August 21, 2009
Wednesday, August 19, 2009
1 MALAYSIA
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Kempen Rakan Alam Sekitar Parlimen Pasir Gudang
Friday, August 14, 2009
Influlenza A ( H1N1 )
H1N1 kini sedang merebak di Malaysia. Waspada kepada tempat berisiko jangkitan virus H1N1. Untuk keselamatan dan langkah berjaga - jaga dalam mencegah H1N1:1. Elakan dari berada dikawasan padat dengan orang ramai.
2. Sentiasa memakai topeng semasa berada dalam khalayak.
3. Menjaga kebersihan diri dan kebersihan pemakanan.
4. Menutup mulut sekiranya bersin atau batuk.
Untuk keterangan lanjut klik dibawah.
Cara Menjaga Kesihatan Diri
Kebersihan Tangan
Cara Pengunaan Topeng
Wednesday, August 12, 2009
Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM serta Pingat 100 Tahun Kepengakapan Peringkat Negeri Johor
En. Norhazli bin Mohamad
- Pingat Perkhidmatan Baik
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan
En. Khairul Fahmi bin Jaafar
- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan
Pn. Eliza binti Moktar
- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan
Tuesday, August 11, 2009
AL FATIHAH
Allahyarham Mohamad bin Aranan,
ayah kepada Norhazli bin Mohamad
Pemimpin Kumpulan 35 (t) dan ERC
yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu
17 Syaaban 1430 Hijrah bersamaan dengan 8 Ogos 2009 Masihi
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya
dan ditempatkan dengan orang - orang yang beriman.
Amin
Wednesday, July 29, 2009
Karnival Pengakap Sempena Sambutan Hari Pengakap Sedunia PPM 2009
Tarikh 1 dan 2 Ogos 2009
Tempat
Pusat Latihan Pengakap PPMWKL
Kepong, Kuala Lumpur
Anjuran
PPM dengan kerjasama
PPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
NOTIS PENTING
Rover Moot KL 2009 yang akan dijalankan pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2009 di tempat yang sama telah dibatalkan atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakan