Pada hari Sabtu 9 Jun 2012, ERC telah mengadakan pertandingan diatas bertempat di Pusat Bowling Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta dari ahli kelana ERC mengikuti pertandingan ini. Selain pertandingan diatas, ahli - ahli juga dapat berkumpul sambil berekreasi serta mengikuti aktiviti yang sihat.
Johan pertandingan ini disandang oleh Sdra Zul, Naib Johan Sdra Izzul Azfar dan Ketiga Sdra Erwan yang disampaikan oleh En. Norhazli Mohamad - Ketua Pemimpin ERC. Pertandingan ini bermula jam 8.30 mlm dan berakhir jam 10.45 malam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke 14 Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Tuanku Badlishah
Pada 12 dan 27 Mei 2012, Pasukan Kendarat ERC & 35 Terbuka menjalankan khidmatnya dimana kedua - duanya diadakan di Kawasan Perumahan Bakti 1, Pasir Gudang. Seramai 10 hingga 12 orang terlibat dalam khidmat ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
Pusat Kegiatan ERC telah mendapat peruntukan dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bagi membina bilik air/tandas 2 pintu untuk kegunaan orang ramai yang sedang mengunakan Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Projek ini telah dimulakan sejak pertengahan April 2012 dan akhirnya siap dibina pada 4 Mei 2012 yang lalu.