My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Monday, October 5, 2009

Kendarat Perkahwinan Serv 54

Pada Ahad, 5 Oktober 2009 Pasukan Kendarat ERC dan 35 terbuka menjalankan tugas bahagian penanggahan di majlis perkahwinan Noraslina binti Mohamad, Pemimpin ERC yang merupakan adik perempuan kepada En. Norhazli bin Mohamad dengan pasangan Zulkifli bin Tan. Seramai 10 orang ahli pengakap terlibat dalam penanggahan. Majlis perkahwinan bermula dari jam 11 pagi dan berakhir jam 5 petang.




2 mempelai Raja Sehari Noraslina bt Mohd
dengan pasanganya Zulkifli bin Tan

Friday, September 18, 2009

Majlis Bacaan Yassin Serta Berbuka Puasa ERC dan Terbuka 35 JB

Pada Rabu 16 September 2009, Echo Rovers Crew telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di No 155, Perumahan Bakti 2, Pasir Gudang ( Rumah En. Norhazli ). Seramai lebih 20 orang ahli pengakap ERC dan Terbuka 35 hadir bersama - sama berbuka puasa. Sebelum majlis berbuka, diadakan majlis bacaan Yassin untuk arwah bapa kepada En. Norhazli bin Mohamad yang telah kembali ke Rahmatullah 40 hari yang lepas.

Tuesday, September 1, 2009

Mini Night Xplore Race Sempena Menyambut Ambang Merdeka

Pada Sabtu 30 Ogos 2009, Pasukan Pengakap 35 dan ERC bersama dengan Kelab Jiran Muda KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 (RPP1) telah menganjurkan Mini Night Xplorace bersempena dengan sambutan malam ambang kemerdekaan ke 52 bertempat di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Seramai 32 orang kanak - kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun menyertai xplorace ini. Perlumbaan ini dijalankan dalam lingkungan kawasan RPP1 dimana terdapat sebanyak 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh para peserta xplorace. Kembara ini bermula dari jam 9.00 mlm hingga jam 11.30 mlm. Selepas itu para peserta dan penduduk RPP1 menyambut malam ambang kemerdekaan pada tepat jam 12.00 tghmlm dimana diserikan dengan bunga api, nyanyian lagu - lagu patriotik negara dan deklamasi sajak kemerdekaan oleh peserta Xplore race. Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang xplore race disampaikan oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1 yang juga salah seorang AJK Kehormat Pasukan. Majlis ini berakhir jam 12.45 tghmlm.

Taklimat disampaikan oleh En. Norhazli,
Pemimpin Kumpulan

Antara peserta Night Xplore Race

Peserta sedang menyelesaikan tugasan yang diberi

Antara checkpoint yang dilalui oleh peserta

Semasa sedang mendeklamasikan sajak kemerdekaan

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wednesday, August 19, 2009

1 MALAYSIA

Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Kempen Rakan Alam Sekitar Parlimen Pasir Gudang

Pada Ahad 16 Ogos 2009, Seramai 10 orang Pasukan Pengakap 35 dan ERC dijemput bagi menjayakan program diatas anjuran Jabatan Alam Sekitar Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Tmn Air Biru 2, Jawatankuasa Gabungan UMNO Kawasan Taman Air Biru dan KEMAS Johor Bahru telah mengadakan program kempen diatas yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Kempen ini dirasmikan oleh oleh Y.Bhg Tn. Hj. Lukman bin Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar Johor. En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, Wakil dari KEMAS dan En. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Pasir Gudang. Majlis ini juga mengadakan penyampaian anak pokok untuk menghijaukan taman kepada ketua - ketua masyarakat dalam Tmn Air Biru serta penyampaian beg sumbangan dari KEMAS untuk murid2 tadika oleh YDP Pasir Gudang. Majlis perasmian disudahi dengan kempen penanaman pokok beramai - ramai oleh semua ketua masyarakat, politik dan jabatan. Selain kempen dijalankan banyak aktiviti antaranya ialah Sukaneka Hari Keluarga anjuran UMNO cawangan MSE Flat, pertandingan melukis, mewarna, gubahan dan masakan. Pameran dari jabatan kerajaan, demonstrasi dan kempen pengumpulan barang elektrik terpakai e-waste.

VIP termasuk YDP Pasir Gudang

Suasana meriah kempen berkenaan

Aktiviti Pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak - kanak

Antara ahli 35 dan ERC yang terlibat dalam kempen ini.

Salah satu acara sukaneka yang dipertandingkan

Friday, August 14, 2009

Influlenza A ( H1N1 )

H1N1 kini sedang merebak di Malaysia. Waspada kepada tempat berisiko jangkitan virus H1N1. Untuk keselamatan dan langkah berjaga - jaga dalam mencegah H1N1:

1. Elakan dari berada dikawasan padat dengan orang ramai.
2. Sentiasa memakai topeng semasa berada dalam khalayak.
3. Menjaga kebersihan diri dan kebersihan pemakanan.
4. Menutup mulut sekiranya bersin atau batuk.

Untuk keterangan lanjut klik dibawah.
Info Bekenaan H1N1
Cara Menjaga Kesihatan Diri
Kebersihan Tangan
Cara Pengunaan Topeng

Wednesday, August 12, 2009

Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM serta Pingat 100 Tahun Kepengakapan Peringkat Negeri Johor

Majlis penganugerahan diatas disempurnakan oleh Dato' Seri Dr Hj Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru pada hari Sabtu 8 Ogos 2009. Antaranya 3 orang Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru yang juga pemimpin kumpulan 35 dan ERC telah menerima anugerah pingat dibawah:

En. Norhazli bin Mohamad

- Pingat Perkhidmatan Baik

- Pingat 100 Tahun Kepengakapan

En. Khairul Fahmi bin Jaafar

- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan

Pn. Eliza binti Moktar

- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan


Rupa bentuk Pingat 100 Tahun Kepengakapan dianugerahkan kepada pemimpin yang banyak berjasa dan berbakti sepanjang perkhidmatanya dalam kepengakapan

Tuesday, August 11, 2009

AL FATIHAH

kepada
Allahyarham Mohamad bin Aranan,
ayah kepada Norhazli bin Mohamad
Pemimpin Kumpulan 35 (t) dan ERC
yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu
17 Syaaban 1430 Hijrah bersamaan dengan 8 Ogos 2009 Masihi

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya
dan ditempatkan dengan orang - orang yang beriman.
Amin