PUTRAJAYA 3 Jan. - Malaysia akan menawarkan diri sebagai lokasi baru ibu pejabat Pengakap Sedunia bagi menggantikan pejabat lama di Geneva, Switzerland.
Ketua Pengakap Negara, Datuk Dr. Shafie Salleh berkata, Malaysia akan bersaing dengan dua negara jiran iaitu Singapura dan Filipina yang juga mahu ibu pejabat Pengakap Dunia ditempatkan di negara mereka.
''Pengakap Sedunia telah menyuarakan hasrat untuk berpindah dari Geneva dan sekiranya ia menjadi realiti, maka Malaysia berharap ibu pejabat baru dapat ditempatkan di negara ini," katanya di sini hari ini.
( Lihat Artikel Selanjutnya )
No comments:
Post a Comment