My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Monday, February 21, 2011

Kem Kelana Negeri Johor 2011

Photobucket
Tarikh : 4 hingga 7 Mac 2011
Tempat :Hutan Lipur Gunung Belumut Kluang Johor
Bayaran :RM60.00
Hubungi : En Affandi (ASC Kelana) 016-6636629

Sunday, February 6, 2011

Perginya Seorang Tokoh Pengakap Yang Disegani

Photobucket

Tuan Haji Hamidon bin Harun mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah kembali ke rahmatullah pada 5 Februari 2011 lebih kurang pukul 12.30 malam di Hospital Pakar Ampang.

Jenazah almarhum akan disembahyangkan di Masjid Taman Tun Razak Ampang, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan KOSAS pada 6 Februari 2011.

Beliau seorang tokoh Pengakap negeri Johor yang aktif dan disegani. Beliau seorang yang berpewatakan lemah lembut tetapi tegas, dan tetap pendirian. Walaupun beliau mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit jantung, semasa hayatnya beliau masih berupaya memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Negeri Johor selepas mantan Tn Hj Ibrahim bin Junid dilantik sebagai ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia.

Apabila segala tugas yang telah diamanahkan ke atas beliau telah selesai serta berpuas hati dengan organisasi PPMN Johor yang telah mantap, maka ketika itu beliau membuat keputusan untuk menyerahkan jawatan Pesuruhjaya Negeri kepada Tn Hj Yaacob bin A Karim hingga sekarang.

Perginya almarhum merupakan satu kehilangan besar bagi PPMNJ. Jasa dan bakti yang telah beliau sumbangkan pasti tetap dikenang buat selamanya.


Al-Fatihah

Semoga roh almarhum dicucuri rahmat serta ditempat bersama-sama orang yang beriman dan para solihin.

~ Artikel dari PPMNJ

- Salam Takziah dari kami ERC untuk keluarga Tn. Hj. Hamidon bin Haron

Salam Takziah Dari ERC

Ucapan takziah kepada Suzila binti Abu Bakar - AJK ERC & Keluarga dimana bapa beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat 4 Febuari 2011 Masihi persamaan 1 Rabiuawwal 1432 Hijrah. Sama - samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh bapa beliau ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

ERC "Jom BBQ" Gathering

Pada Khamis 3 Febuari 2011, ERC telah mengadakan perjumpaan diatas bertempat di Taman Ester, Scientex, Pasir Gudang. Seramai lebih 10 orang ahli ERC yang terdiri dari para senior dan veteren kumpulan 35 terbuka JB. Turut hadir ialah En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan dan En. Sahirol Wahid yang juga pemimpin kumpulan. Program ini diadakan bagi mengabungkan kembali ahli - ahli lama dan baru dalam ERC dan Kumpulan 35 bagi beramah mesra, berkongsi pengalaman dan mengimbau nostalgia lama dalam kumpulan 35 terbuka. Program ini bermula jam 8.30 mlm dan berakhir jam 11.00 malam.

Photobucket
Ketika sedang menyediakan BBQ

Photobucket
En. Sahirol sedang berborak tentang kisah
pengakap lama

Photobucket
Jamuan BBQ bersama sambil beramah mesra

Photobucket
Antara ahli ERC yang juga seniority Kumpulan
Patrol Rajawali (1999- 2001)
penganjur perjumpaan ini