My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Thursday, January 28, 2010

Penangguhan Pemakaian Lencana Kemajuan Versi Baru

Adalah ini dimaklumkan bahawa lencana kemajuan versi terbaru yang dilancarkan pada 16 Januari yang lalu ditangguhkan pemakaianya sehingga arahan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Oleh itu lencana kemajuan versi lama masih boleh diguna pakai untuk masa ini.

Saturday, January 23, 2010

Sembah Takziah Dari Pengakap Terbuka 35 dan Echo Rovers Crew


Sultan Berjiwa Rakyat itulah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru akibat gering. Baginda menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi. Kami semua selaku rakyat setia Johor mengucapkan Sembah salam Takziak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad dan semua kerabat Di Raja Johor, pembesar-pembesar Johor, pegawai-pegawai kerajaan Johor dan seluruh rakyat Johor yang lain. Sesungguhnya pemergian Baginda amat dirasai dan terasa satu kehilangan yang besar pada Negeri dan Jajahan Takluk Johor. Semoga roh Baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman

AL-FATIHAH


Thursday, January 21, 2010

Pemimpin dan Kepimpinan

Pemimpin
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan.

Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut.

Kepimpinan
Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.

Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril O’Donnel.

Monday, January 18, 2010

Pelancaran & Penguatkuasaan Pemakaian 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja Terbaru

Untuk makluman mulai 16 Januari 2010, rupabentuk lencana terutama bagi 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja berkuatkuasa pemakaianya apabila telah dilancarkan pada tarikh tersebut di Kuala Lumpur

Wednesday, January 13, 2010

Berkhidmat Di Pelancaran Kegiatan COMBI & Gotong Royong 2010

Pada Ahad 10 Januari 2010, Pasukan Pengakap Laut Terbuka (Pengakap Komuniti) dijemput bagi menjayakan program diatas anjuran JKP Zon Tmn Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2 bertempat di pekarangan Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai hampir 100 orang penduduk hadir dalam kegiatan. Turut hadir ialah Cik Siti Aisyah, wakil Yang Dipertua MPPG dan En. Nazri dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Turut terlibat dalam program ini ialah Kelab Belia Kompang/Tarian RPP1 dan Pasukan Pengakap Laut Terbuka serta anggota bomba dari Balai Bomba Pasir Gudang yang sama - sama membantu membersihkan longkang. Selepas pelancaran, semua penduduk menjalankan gotong royongnya di blok masing - masing. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghari.

Taklimat dari Wakil Pejabat Kesihatan Daerah JB

Antara penduduk RPP1 yang hadir

Penduduk sedang membersihkan pekarangan bloknya

Bawa kantung bersihkan sampah ye...

Lagi penduduk sedang bergotong royong

Anggota Bomba sedang membersihkan longkang

Kelab Belia RPP1

Pengakap Laut Komuniti sama - sama menjalankan
gotong royong

Monday, January 4, 2010

Pekeliling Dari PPM Berkenaan Pendaftaran Keahlian 2010

Adalah ini dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan pendaftaran tahunan pengakap bagi tahun 2010 sepertimana lampiran surat ini
= Surat Pekeliling dari PPM =

Saturday, January 2, 2010

Jambori Jubli Perak Kem Mahkota Bandar Jengka, Pahang

Tarikh
5 hingga 10 Jun 2010

Tempat
Kem Tengku Mahkota,Bandar Jengka Pahang

Maklumat lanjut boleh rujuk website dibawah
PPM Daerah Jengka atau Pahang Community