My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Sunday, December 27, 2009

Bengkel dan Perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Johor 2010

UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2010
Tarikh :22 hingga 24 Januari 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Labuh B.Pahat
Penyertaan: Calon - calon Pengakap Raja tahun 2010

BENGKEL PENGENALAN PENGAKAP RAJA
Tarikh :22 hingga 24 Januari 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Labuh B.Pahat
Penyertaan: Pemimpin Pengakap Remaja

Segala pertanyaan hubungi Tn Hj Ibrahim Abdullah - Pengerusi PLNJ
ibrahimjurulatih.blogspot.com

Wednesday, December 23, 2009

Berkhidmat Di Program Gerak Kemas Dan Sukan Air Zon Tanjung Langsat

Pada 18 hingga 20 Disember 2009, Pasukan Pengakap 35 dan ERC dijemput bagi membantu menjayakan program diatas yang diadakan di Pantai Kampung Tanjung Langsat anjuran JKP MPPG Zon Tg Langsat dan JKKKK Kg Tanjung Langsat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan memancing, J-Robik, Gotong Royong membersihkan jeti dan pantai Tanjung Langsat, pameran dan Persembahan Kebudayaan berbagai kaum. Selain itu juga diadakan pertandingan bola jaring Piala Ketua Puteri UMNO Tebrau, pertandingan sepak takraw dan street soccer. Pasukan pengakap bersama - sama membantu Kelab Reakraesi Tg Langsat mengadakan Sukan Air di pantai Tanjung Langsat. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah lumba kayak dan boya, berenang serta menyelam, tepuk bantal dan panjat tiang licin. Pasukan Pengakap juga telah mengikuti perlawanan polo air persahabatan dengan Belia kampung Tanjung Langsat. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn. Hj. Muharam bin Parlie, Penghulu Kanan Mukim Plentong bagi mewakili Y.B Datuk Hj. Maulizan bin Bujang, ADUN TIram.

Antara VIP yang hadir dalam Program ini

Perlawanan Persahabatan Polo Air

Gotong Royong membersihkan pantai

Antara ahli pengakap yang terlibat sebagai Urusetia

Seronok sakan diorang berjoget

Tuesday, December 15, 2009

Berkhidmat Di Gerak Kemas dan Sukan Komuniti MPPG Zon Tanjung Puteri

Tarkh
18 hingga 20 Disember 2009

Tempat
Kampung Tanjung Langsat, Pasair Gudang

Bayaran Penyertaan
F.O.C

Berminat sila hubungi
Khairul Fahmi Jaafar
017 7069151

Borang Kebenaran Ibu Bapa

Monday, December 7, 2009

1st National Thai Local Scouts Jamboree


Tarkh
23 hingga 27 Disember 2009

Tempat
Vajiravudh Scout Camp, Sriracha, Chonburi, Thailand

Tema Jambori
‘Unity & Moral for Local Development’

Bayaran Penyertaan
USD 100.00

Berminat sila hubungi
Abdul Rahim bin Hamid
Ass. Programme Secretary PPM
017 6156 880

Informasi jambori =Klik Disini=

Tuesday, December 1, 2009

Membantu di Program Ibadah Korban & Aqiqah 1340 H/2009 M

Pada jumaat 27 November 2009, JK Masjid Tmn Air Biru dengan kerjasama KRT dan UMNO RPP1 telah mengadakan ibadah tersebut sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari tersebut bertempat di pekarangan Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sebanyak 6 ekor lembu berjaya dikorban pada kali ni yang bermula jam 9.15 pagi diketuai oleh Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman, Pengerusi JK Masjid Tmn Air Biru. Beberapa orang Pemimpin dan Kelana ERC juga turut terlibat membantu menjayakan program ini. Seramai lebih 50 orang bagi membantu mengorbankan serta melapah lembu dan daging - daging tersebut diedarkan kepada penduduk yang hadir dalam program tersebut.





Thursday, November 26, 2009

Perkhemahan 1 Malaysia

Tarikh
11 hingga 13 Disember 2009

Tempat
Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka

Penyertaan
Pengakap Muda/Remaja/Kelana dan Pemimpin

Bayaran
RM 40.00
( Lawatan, Makan, Minum dan sijil )

Maklumat lanjut dibawah
Maklumat Perkhemahan & Borang

26th Asia Pasific Regional Scout Jamboree

Tarikh
28 Disember - 03 Januari 2010

Tempat
Mt Makilling, Los Banos Laguna, Phillippine.

Maklumat lanjut hubungi
En Rahim Hamid - Ibupejabat 0176156880

Sunday, November 1, 2009

Siapakah Yang Dikatakan Pemimpin ?


Sesiapa sahaja yang menunjuk arah, memadu dan membimbing ke arah mencapai sesuatu tujuan tertentu dapat dikatakan sebagai pemimpin. Seorang ayah yang sentiasa menunjuk ajar serta membimbing isteri dan anak - anaknya untuk mencapai kebahagian hidup rumahtangga adalah seorang pemimpin keluarga. Begitu juga halnya dengan seirang guru yang menunjuk arah, memandu dan membimbing para pelajarnya dalam kelas untuk menimba ilmu pengetahuan, dia adalah seorang pemimpin di kelasnya.

Di sekolah, guru - guru penasihat pengakap juga adalah seorang Pemimpin pengakap dalam organisasi yang bertanggungjawap membimbing ahli - ahlinya ke arah matlamat yang hendak dituju. Selain itu juga Troop Leader (Ketua Pasukan) dan Ketua - Ketua Patrol yang lain juga merupakan pemimpin - pemimpin muda. Mereka adalah individu - individu yang diberi tanggungjawap untuk membimbing orang lain, iaitu ahli - ahli pengakap bawahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kepengakapan, kemantapan disiplin dan menerapkan nilai - nilai murni kepada ahlinya sesuai dengan budaya kepengakapan yang telah dibina dari satu generasi ke satu generasi.

Di peringkat daerah hingga ke peringkat antarabangsa, kita juga mempunyai lapisan - lapisan pucuk pimpinan yang berkhidmat untuk menentukan hala tuju, pemantapan, membangunkan serta perancangan organisasi. Kita mempunyai pemimpin - pemimpin pada peringkat antarabangsa, negara, negeri, daerah, zon atau kumpulan. Pada peringkat negara kita mempunyai Ketua Pengakap Negara. Di peringkat negeri kita mempunyai Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Pada peringkat daerah, kita mempunyai Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Manakala di peringkat kumpulan kita ada Ketua Pemimpin atau Pemimpin Kumpulan. Kita juga memiliki pemimpin - pemimpin muda seperti Pengerusi Kelana atau Crew, Ketua Pasukan dan Ketua Patrol yang pada asasnya mereka adalah orang - orang yang memimpin, membimbing, menunjuk arah dan memandu orang bawahanya atau anak buahnya untuk mencapai kejayaan organisasinya.

Sunday, October 18, 2009

JOTI Peringkat Kumpulan sempena World JOTA/JOTI 2009

Pada 17 Oktober 2009, ERC dan Pasukan 35 terbuka pertama kalinya telah berjaya mengadakan program diatas sempena 52nd World Jamboree on the air (JOTA) dan 13th Jamboree on the internet (JOTI) 2009 yang jatuh pada 17 hingga 18 Oktober 2009. Program ini dijalankan serentak di seluruh dunia pada minggu ke 3 bulan Oktober tiap-tiap tahun. Seramai 15 orang ahli kumpulan 35 dan ERC mengikuti JOTI ini yang diadakan di Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Selain beinteraksi dengan pengakap seluruh dunia melalui internet, ahli pengakap juga diberi taklimat dan pendedahan awal tentang JOTI. Peserta JOTI berjaya berinteraksi mengunakan mRIC dengan pengakap antaranya dari negara Indonesia, Portugal, Peranchis, Hong Kong dan Oman. JOTI peringkat kumpulan ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

Sijil Penyertaan World JOTA/JOTI

Tuesday, October 13, 2009

Jasa Allahyarham Tun Sardon Kepada Pergerakan Pengakap Akan Dikenang


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Jasa Allahyarham Tun Sardon Jubir kepada Pergerakan Pengakap dalam negara ini akan dikenang apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-23 dari 27 Okt hingga 1 Nov depan, kata seorang pegawai Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sardon, yang merupakan Ketua Pengakap Negara dari tahun 1963 hingga 1973, telah banyak memberi sumbangan kepada Pergerakan Pengakap tempatan, terutamanya dalam mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968), kata Sahrizal Sunari, Setiausaha Unit Persaudaraan B-P & Veteran, persekutuan tersebut.....
( Berita Selanjutnya )

Monday, October 5, 2009

Kendarat Perkahwinan Serv 54

Pada Ahad, 5 Oktober 2009 Pasukan Kendarat ERC dan 35 terbuka menjalankan tugas bahagian penanggahan di majlis perkahwinan Noraslina binti Mohamad, Pemimpin ERC yang merupakan adik perempuan kepada En. Norhazli bin Mohamad dengan pasangan Zulkifli bin Tan. Seramai 10 orang ahli pengakap terlibat dalam penanggahan. Majlis perkahwinan bermula dari jam 11 pagi dan berakhir jam 5 petang.




2 mempelai Raja Sehari Noraslina bt Mohd
dengan pasanganya Zulkifli bin Tan

Friday, September 18, 2009

Majlis Bacaan Yassin Serta Berbuka Puasa ERC dan Terbuka 35 JB

Pada Rabu 16 September 2009, Echo Rovers Crew telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di No 155, Perumahan Bakti 2, Pasir Gudang ( Rumah En. Norhazli ). Seramai lebih 20 orang ahli pengakap ERC dan Terbuka 35 hadir bersama - sama berbuka puasa. Sebelum majlis berbuka, diadakan majlis bacaan Yassin untuk arwah bapa kepada En. Norhazli bin Mohamad yang telah kembali ke Rahmatullah 40 hari yang lepas.

Tuesday, September 1, 2009

Mini Night Xplore Race Sempena Menyambut Ambang Merdeka

Pada Sabtu 30 Ogos 2009, Pasukan Pengakap 35 dan ERC bersama dengan Kelab Jiran Muda KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 (RPP1) telah menganjurkan Mini Night Xplorace bersempena dengan sambutan malam ambang kemerdekaan ke 52 bertempat di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Seramai 32 orang kanak - kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun menyertai xplorace ini. Perlumbaan ini dijalankan dalam lingkungan kawasan RPP1 dimana terdapat sebanyak 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh para peserta xplorace. Kembara ini bermula dari jam 9.00 mlm hingga jam 11.30 mlm. Selepas itu para peserta dan penduduk RPP1 menyambut malam ambang kemerdekaan pada tepat jam 12.00 tghmlm dimana diserikan dengan bunga api, nyanyian lagu - lagu patriotik negara dan deklamasi sajak kemerdekaan oleh peserta Xplore race. Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang xplore race disampaikan oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1 yang juga salah seorang AJK Kehormat Pasukan. Majlis ini berakhir jam 12.45 tghmlm.

Taklimat disampaikan oleh En. Norhazli,
Pemimpin Kumpulan

Antara peserta Night Xplore Race

Peserta sedang menyelesaikan tugasan yang diberi

Antara checkpoint yang dilalui oleh peserta

Semasa sedang mendeklamasikan sajak kemerdekaan

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wednesday, August 19, 2009

1 MALAYSIA

Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Kempen Rakan Alam Sekitar Parlimen Pasir Gudang

Pada Ahad 16 Ogos 2009, Seramai 10 orang Pasukan Pengakap 35 dan ERC dijemput bagi menjayakan program diatas anjuran Jabatan Alam Sekitar Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Tmn Air Biru 2, Jawatankuasa Gabungan UMNO Kawasan Taman Air Biru dan KEMAS Johor Bahru telah mengadakan program kempen diatas yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Kempen ini dirasmikan oleh oleh Y.Bhg Tn. Hj. Lukman bin Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar Johor. En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, Wakil dari KEMAS dan En. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Pasir Gudang. Majlis ini juga mengadakan penyampaian anak pokok untuk menghijaukan taman kepada ketua - ketua masyarakat dalam Tmn Air Biru serta penyampaian beg sumbangan dari KEMAS untuk murid2 tadika oleh YDP Pasir Gudang. Majlis perasmian disudahi dengan kempen penanaman pokok beramai - ramai oleh semua ketua masyarakat, politik dan jabatan. Selain kempen dijalankan banyak aktiviti antaranya ialah Sukaneka Hari Keluarga anjuran UMNO cawangan MSE Flat, pertandingan melukis, mewarna, gubahan dan masakan. Pameran dari jabatan kerajaan, demonstrasi dan kempen pengumpulan barang elektrik terpakai e-waste.

VIP termasuk YDP Pasir Gudang

Suasana meriah kempen berkenaan

Aktiviti Pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak - kanak

Antara ahli 35 dan ERC yang terlibat dalam kempen ini.

Salah satu acara sukaneka yang dipertandingkan

Friday, August 14, 2009

Influlenza A ( H1N1 )

H1N1 kini sedang merebak di Malaysia. Waspada kepada tempat berisiko jangkitan virus H1N1. Untuk keselamatan dan langkah berjaga - jaga dalam mencegah H1N1:

1. Elakan dari berada dikawasan padat dengan orang ramai.
2. Sentiasa memakai topeng semasa berada dalam khalayak.
3. Menjaga kebersihan diri dan kebersihan pemakanan.
4. Menutup mulut sekiranya bersin atau batuk.

Untuk keterangan lanjut klik dibawah.
Info Bekenaan H1N1
Cara Menjaga Kesihatan Diri
Kebersihan Tangan
Cara Pengunaan Topeng

Wednesday, August 12, 2009

Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM serta Pingat 100 Tahun Kepengakapan Peringkat Negeri Johor

Majlis penganugerahan diatas disempurnakan oleh Dato' Seri Dr Hj Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru pada hari Sabtu 8 Ogos 2009. Antaranya 3 orang Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru yang juga pemimpin kumpulan 35 dan ERC telah menerima anugerah pingat dibawah:

En. Norhazli bin Mohamad

- Pingat Perkhidmatan Baik

- Pingat 100 Tahun Kepengakapan

En. Khairul Fahmi bin Jaafar

- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan

Pn. Eliza binti Moktar

- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan


Rupa bentuk Pingat 100 Tahun Kepengakapan dianugerahkan kepada pemimpin yang banyak berjasa dan berbakti sepanjang perkhidmatanya dalam kepengakapan

Tuesday, August 11, 2009

AL FATIHAH

kepada
Allahyarham Mohamad bin Aranan,
ayah kepada Norhazli bin Mohamad
Pemimpin Kumpulan 35 (t) dan ERC
yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu
17 Syaaban 1430 Hijrah bersamaan dengan 8 Ogos 2009 Masihi

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya
dan ditempatkan dengan orang - orang yang beriman.
Amin

Wednesday, July 29, 2009

Karnival Pengakap Sempena Sambutan Hari Pengakap Sedunia PPM 2009

Tarikh
1 dan 2 Ogos 2009

Tempat

Pusat Latihan Pengakap PPMWKL
Kepong, Kuala Lumpur

Anjuran

PPM dengan kerjasama
PPM Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

NOTIS PENTING
Rover Moot KL 2009 yang akan dijalankan pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2009 di tempat yang sama telah dibatalkan atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakan

Tuesday, July 28, 2009

Berkhidmat Di Kem Kepimpinan Pelajar UiTM Kampus Johor Bahru

Pada 24 hingga 26 Julai 2009, ERC telah menghantar seramai 6 orang ahlinya diketuai oleh En. Khairul Fahmi membantu sebagai fasilitator dalam program diatas yang diadakan di Kem Pendidikan Kg Perigi Acheh, Pasir Gudang. Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari pelajar - pelajar baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Johor Bahru dan beberapa orang pensyarah dari universiti tersebut menyertai kem ini. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti Ice Breaking, Ceramah keagamaan dan kepimpinan, Kembara, War Game, Iktiar hidup, aktiviti - aktiviti berbentuk pertandingan dan sebagainya.

Ketua Fasilitator En. Erwandi sedang menilai aktiviti peserta

Aktiviti kembara hutan

Antara Fasilitator sedang berahat selepas aktiviti

Suasana tapak perkhemahan

Friday, July 17, 2009

5th APR Jamboree On The Air & Internet (JOTA/JOTI)

Kursus Manikayu Penerangan dan Peringkat 1

7 hingga 9 Ogos 2009
Hari
Jumaat hingga Ahad
Tempat
Ibu Pejabat PPM Daerah Mersing
Anjuran
Pasukan Latihan Daerah Mersing

Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi En. Kamis Pesuruhjaya Daerah Mersing.

Thursday, July 9, 2009

ScoutsJB JOTA/JOTI 2009

Kendarat Perkahwinan Serv 53

Selepas sahaja Perkhemahan di SMKPG3 beberapa ahli pasukan Kendarat 35 dan ERC menjalankan khidmat kendaratnya pada 6 Julai 2009 di Jalan Muhibbah, Kg Pasir Puteh. Seramai 13 orang ahli pengakap terlibat dimana 5 orang darinya telah pun bermula pada jam 9.00 pagi dalam khidmat kali ini. majlis perkahwinan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.



Wednesday, July 8, 2009

Membantu Perkhemahan Pengakap & Pandu Puteri SMKPG3

Pada 4 hingga 6 Julai 2009, Pasukan Pengakap laut Kump. 173 JB dan Pandu Puteri Sek. Men. Keb. Pasir Gudang 3 mengadakan perkhemahan diatas yang diadakan di sekolah berkenaan. Seramai 50 orang peserta mengikuti perkhemahan ini. Pasukan 35 dan ERC dibawah Pn. Eliza telah menghantar seramai 10 orang ahlinya bagi membantu mengendalikan perkhemahan ini. Perkhemahan ini dijalankan berbentuk latihan kemahiran dan pengethuan bagi pengakap dan pandu puteri. Selain itu dijalankan beberapa pertandingan antara patrol iaitu pertandingan memasak, ikatan simpulan, permainan dan malam kebudayaan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Mohd Ali Harun, GPK Petang bagi mewakili Tuan Pengetua SMKPG 3.

Peserta sedang membuat masakan rimba

Penerangan cara mendirikan khemah ringkas

Antara peserta sedang mendengar penerangan

Suasana kawasan perkhemahan

Pn. Vasantha, Pemimpin Kumpulan 173 JB sedang
memberikan kata ucapanya