My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, June 28, 2011

Program Echo Rovers Crew Goes Picnic

Pada Ahad 26 Jun 2011, ERC mengadakan program reakreasi sempena hujung minggu ke Pantai Teluk Mutiara, Batu Layar Kota Tinggi diketuai oleh En.Norhazli Mohd - Ketua Pemimpin ERC. Seramai 6 orang ahli ERC mengikuti reakreasi ini. Dengan aktiviti reakreasi ini dapatlah sedikit sebanyak memberi ketenangan dan juga saling beramah mesra antara satu sama lain.

Photobucket
Jambatan Sungai Johor yang menghubung antara
Pasir Gudang & Bdr Penawar,Kota Tinggi

Photobucket
Ketika sedang makan - makan

Photobucket
Pintu masuk Pantai Teluk Mutiara

Photobucket
Suasana mandi manda

Photobucket
Suasana kawasan persekitaran Mutiara Bay

Wednesday, June 22, 2011

Gotong Royong Perdana MPPG 2011

Photobucket

Pada Ahad 19 Jun 2011, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan program diatas bersempena dengan Kembara Mahkota Johor 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG - Tn. Hj. Rahim bin Nin bertempat di Dataran Mawar, Pasir Gudang. Bersempena dengan itu juga kesemua 24 zon dalam MPPG mengadakan gotong royongnya serentak diikuti dengan lawatan YDP MPPG dan Setiausaha MPPG melawat ke semua zon untuk program tanam pokok.

ERC bersama dengan JKP Zon Air Biru 2 telah menjalankan gotong royongnya di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perjiranan 10, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti 1/2. YDP MPPG telah sudi datang melawat serta menjalankan program penanaman pokok di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Turut hadir ialah Pn. Roslina - Pegawai Khas MPPG bagi Zon Air Biru 2. Program gotong royong ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhit jam 11.00 pagi.

Photobucket
Suasana gotong royong

Photobucket
Ahli Pengakap 35 & ERC turut sama menyertai
gotong royong ini


Photobucket
YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin sedang
menanam pokok cempaka, bunga rasmi
MPPG

Photobucket
En. Norhazli, Ketua Pemimpin ERC turut terlibat
dalam program penanaman pokok

Photobucket
Penyampaian sijil beranak pokok berkenaan oleh
YDP MPPG kepada Hj Sabran Awang
Pengerusi JKP Zon Air Biru 2

Saturday, June 4, 2011

Majlis Mesra Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan MPPG 2011

En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan 35 dan ERC mewakili NGO Pengakap ke program diatas yang diadakan pada hari Rabu 1 Jun 2011 bertempat di Aras 3 Menara Aqabah Pasir Gudang. Seramai lebih 100 orang yang terdiri dari wakil2 persatuan penduduk, NGO - NGO, jabatan kerajaan dan swasta, kilang2, PIBG Sekolah dan ibu bapa penjaga yang anak mereka mendapat anugerah pelajar cemerlang.

Majlis perasmian dan taklimat MPPG disempurnakan oleh Tuan Haji Rahim bin Nin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah Setiausaha MPPG, Ketua Polis IPD daerah Seri Alam dan Pengurus TNB Malaysia Cawangan Selatan. Antara program yang dijalankan ialah taklimat dari pengurus TNB serta dari IPD Seri Alam berkenaan Program Bandar Selamat dikuti dengan majlis dialog. Turut diadakan ialah majlis penyampaian penghargaan pelajar cemerlang bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM tahun 2010.

Photobucket
Para VIP dan wakil - wakil yang hadir dalam
program ini

Photobucket
En. Fahmi bersama Tn. Hj. Sabran, Tim. Pengerusi
JK Kehormat Kumpulan 35 dan ERC

Photobucket
YDP MPPG sedang memberikan taklimat
berkenaan perancangan dan strategik MPPG

Photobucket
Penyampaian pengharagaan oleh YDP MPPG
kepada pelajar cemerlang