My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, February 29, 2012

2nd ATAS World Fellowship Gathering 2012 (Malaysia Chapter)

Photobucket

Pada 25 Febuari 2012, 3 orang pemimpin ERC En. Fahmi, En. Norhazli dan Pn. Eliza bersama - sama dengan para delegasi pengakap Negeri Johor telah menyertai program diatas yang diadakan di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. Seramai lebih 100 orang Pengakap Raja dari seluruh Malaysia termasuk beberapa ahli pengakap dari negara luar hadir dalam program ini. Turut hadir ialah YB Dato' Seri Paduka Dr. Hj Shafie bin Salleh - Ketua Pengakap Negara dan YB Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman - Ketua Pesuruhjaya Negara yang baru dilantik.

Antara program yang dijalankan selain dari beramah mesra sesama ahli pengakap ialah seperti cabutan bertuah, nyanyian serta persembahan dan lain-lain. Turut diadakan ialah sambutan Ulangtahun YB Dato' Seri Paduka Dr. Hj Shafie bin Salleh serta penyampaian bendera penubuhan ATAS peringkat negeri - negeri. Program ini bermula jam 8.00 malam dan berakhir jam 11.30 malam.

Photobucket
Ketibaan YB Dato' Seri Paduka Dr. Hj Shafie bin Salleh
Ketua Pengakap Negara ke majlis ini

Photobucket
Suasana di dewan Dynasty, Kuala Lumpur

Photobucket
Sessi jamuan

Photobucket
Ucapan dari Mr. Eric Khoo - Pengerusi ATAS World

Photobucket
Pn. Eliza bersama En. Norhazli

Photobucket
En. Fahmi bersama delegasi dari Negeri Johor

Wednesday, February 22, 2012

Hari Pengasas Pengakap Sedunia

YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman Dilantik Ketua Pesuruhjaya Negara Yang Baru

Photobucket

YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dihadapan YB Dato Seri Paduka Dr. Haji Shafie Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara yang berlangsung di Ibu Pejabat PPM Rumah B.P, Kuala Lumpur.

Saturday, February 18, 2012

Mesyuarat Majlis Pemimpin PPMDJB Zon Pasir Gudang 2012

Pada Rabu 15 Febuari 2012, Majlis Pemimpin Kumpulan 35 (t) dan ERC telah menghadiri mesyuaratnya bagi tahun 2012 bertempat di Sek. Men. Keb. Desa Jaya, Tiram. Seramai hampir 50 orang pemimpin pengakap dari sekolah - sekolah sekitar Zon Pasir Gudang hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Pn. Maslinda - Pen. Pesuruhjaya Daerah JB (Zon Timur) selaku pengerusi penaja PPMDPG

Turut hadir ialah En. Tan Chek Meng - Pen. Pesuruhjaya Negeri (Sekolah Swasta) dan En. Azhar bin Noor Rahman -Pesuruhjaya Daerah Pontian. Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan perpisahan dari pentadbiran PPMDJB dan membentuk daerah pengakap baru. Mesyuarat bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.00 petang.

Photobucket
Kehadiran pemimpin pengakap sekitar
Zon Pasir Gudang

Photobucket
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Maslinda

Photobucket
Antara jawatankuasa penaja PPMDPG

Photobucket
Suasana bilik mesyuarat

Photobucket
Pemimpin - pemimpin yang sedang mencari
maklumat berkenaan pengakap

Monday, February 6, 2012

PG King Scout Candidate Learning 2012

pada Sabtu 4 Febuari 2012, PPMDJB Zon Pasir Gudang telah mengadakan program diatas bagi menilai dan melihat taraf kemahiran calon Pengakap Raja dalam kawasan Zon Pasir Gudang bertempat di SMK Pasir Puteh. Seramai 11 orang calon yang hadir bagi mengikuti penilaian dan latihan ini.latihan ini diketuai oleh En. Norhazli Mohamad, ADC Zon bahagian Program. Turut hadir ialah En. Rizal Mat Sat ADC Zon Pentadbiran II dibantu oleh Pengakap Raja dari ERC menjayakan latihan ini. latihan ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Photobucket
Tunjuka ajar latihan ikatan dan simpulan

Photobucket
Taklimat Ujian Sikap Pengakap Raja

Photobucket
En. Norhazli menerangkan tentang persediaan
untuk ke ujian Pengakap Raja

Photobucket
Peserta calon bersama pegawai

Wednesday, February 1, 2012

2nd East Coast Rover Moot (ECROM)

Photobucket


Tarikh : 5 hingga 8 April 2012,
Lokasi : Kem Tengku Muhammad Ismail,Telaga Batin Seberang Takir.
Penglibatan : Kelanasiswa IPTA/S, & Ahli Kelana Malaysia

Antara aktiviti ECROM

1. Pengembaraan Berbasikal (100km)
2. Berkayak
3. Ikhtiar hidup
4. Kelana Challenge
5. Mendaki Gunung Tebu
6. Jungle Tracking (Tasik Kenyir)
7. Beach Game
8. Flying Fox dan lain2