My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, February 25, 2014

Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Johor 2014

 photo 1960918_631581876914983_202511139_o_zps192259e9.jpg

Pada 20 hingga 22 Febuari 2014, Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor mengadakan ujian sikap untuk Pengakap Raja seluruh negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, batu Pahat. Seramai 119 orang ahli Pengakap Remaja menghadirkan diri dalam ujian ini sebagai salah satu syarat utama ke Ujian Pentarafan Pengakap Raja sebenar yang akan diadakan pada Mac 2014. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Yaacob bin Abd. Karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor.

Thursday, February 6, 2014

Al Fatihah


Al Fatihah kepada Allahyarham Tuan Haji Sabran bin Awang, Timbalan Pengerusi Kehormat Kumpulan 35 (T) JB dan Kelana E (ERC) yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang Rabu 5 Febuari 2014 Masihi bersamaan dengan 5 Rabiul Akhir 1435 Hijrah. Semoga dicucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang Mukmin, Amin.

Allahyarham merupakan seorang tokoh yang disegani masyarakat sekitarnya dan banyak membantu pasukan ERC dalam aktiviti komuniti bersama masyarakat dan pengakap serta sumbangan kewangan bagi melancarkan lagi kegiatan ERC. Salam takziah kepada keluarga dan kerabat terdekat Allahyarham dari kami. Jasa kamu dikenang jua.

Tuesday, February 4, 2014

6th ERC Anak Laut Trip (Scoutmaster Trip)

 photo 100_7882_zps2bd8371f.jpg

Pada 31 Januari hingga 2 Febuari 2014, ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pantai Lanjut, Kuala Rompin, Pahang dan pada hari ke dua di Pantai Mersing, Johor. Seramai 12 orang ahli ALUMNI ERC mengikuti program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengembara dari Pasir Gudang ke Rompin, Pahang dan bermalam di sana. Kemudian bergerak ke Taman Negeri Endau Rompin, Pahang sebelum berhenti di Pantai Mersing dan pada keesokanya bergerak ke Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang sebelum pulang semula ke Pasir Gudang. Selain mengembara, ERC juga mengadakan aktiviti kaki memancing dan BBQ.

 photo 100_7729_zps29b77e6e.jpg
 
 photo 100_7701_zpsdfde6459.jpg

 photo 100_7734_zps855df50a.jpg

 photo 100_7737_zps211c7e28.jpg

 photo 100_7943_zps0fe2c7d9.jpg

 photo 100_7749_zps5d7f44c4.jpg

 photo 100_7794_zpsbc63d6c0.jpg

 photo 100_7819_zps0adddf42.jpg

 photo 100_7874_zps7659b75f.jpg

 photo 100_7861_zps04691e3d.jpg