My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Thursday, May 30, 2013

Wednesday, May 29, 2013

3rd ERC Sunset Beach Camp

 photo DSC_0085_zpseae74d65.jpg


Pada 24 hingga 26 Mei 2013, ERC telah mengadakan program diatas yang diadakan di Tunjuk Laut Beach Resort Tanjung Leman, Mersing. Seramai 9 orang terdiri dari pemimpin dan ahli ERC menyertai perkhemahan ini. Selain Tanjung Leman, peserta bergerak mengunjungi pantai-pantai seperti Tanjung Balau, Pantai Buloh, Pantai Sedili dan Pantai Alamada Resort dan akhirnya bermalam di Sedili Damai Resort. Peserta selamat pulang ke Pasir Gudang pada jam 3.00 petang pada 26 Mei 2013.

 photo 100_5725_zpsde7a142e.jpg
Ketika dirikan khemah

 photo 100_5733_zps71a7b3c7.jpg
Kawasan tapak perkhemahan di Tunjuk Laut
Beach Resort, Tanjung Leman

 photo 100_5734_zps475a80a1.jpg
Merenung jauh sebelum terjun pantai

 photo 100_5747_zpse2464c0b.jpg
Chef masakan kita

 photo DSC_0071_zpsc9c638c4.jpg
Lepak-lepak sambil pikir nak pegi mana

 photo DSC_0025_zpsd4f3a54e.jpg
Makan tengahari di Jeti Tanjung Leman

 photo 100_5758_zpsa9d0c78e.jpg
Hari ke 2 dapat mandi kolam pulak dekat
Sedili Damai Resort

 photo DSC_0165_zps6f3df928.jpg
Posing dekat pantai Alamada 

Tuesday, May 21, 2013

Kursus Kepimpinan Manikayu Pt. 3.1 Unit PKK, PM Dan PR Negeri Johor

 photo 943567_645327862150089_801149612_n_zps9624a1cb.jpg


Pada 17 hinga 19 Mei 2013, PLNJ dengan kerjasama PLDJB mengadakan kursus diatas yang diadakan di Sek. Men. Keb. Taman Desa Jaya. Seramai hampir 50 orang peserta bersama dengan 15 orang jurulatih dan pembimbing mengikuti kursus ini. Turut hadir ialah Tuan Haji Ibrahim Abdullah, Pengerusi PLNJ.

Antara modul yang dijalankan seperti Perancangan Program, Perjumpaan Pek/Troop, Organisasi WOSM, Komunikasi dan beberapa aktiviti pangkalan dan LDK. Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Tuan Haji Yaacob bin Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Turut hadir juga ialah Tuan Pengetua SMK. Taman Desa Jaya sebagai tuan rumah kursus ini.

 photo 100_5672_zps8be3a546.jpg
Hj Ibrahim - Pengerusi PLNJ sedang memberikan
ceramah kursus

 photo 100_5644_zps16790010.jpg
Peserta kursus sedang menjalankan LDK

 photo 969656_615437058467056_1747161197_n_zps8ab62c7d.jpg
Antara barisan Jurulatih & Pembimbing kursus

 photo 179125_645325888816953_1939423401_n_zps65f02baf.jpg
Istiadat pagi peserta kursus

 photo 968843_10201159901104125_1810849555_n_zps31545b59.jpg
Salah satu aktiviti pangkalan lencana kemajuan pengakap

 photo 100_5685_zpsa15eb864.jpg
Persembahan Perjumpaan Khas Pek Bertema

 photo 970207_10201164294773964_1215351051_n_zps77191d1a.jpg
Majlis penutup oleh Tuan Haji Yaacob Karim
Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor

Wednesday, May 1, 2013

Kursus - Kursus Kepimpinan Manikayu & Lain - Lain 2013

Kursus Manikayu Peringkat 3A ( PKK & PM)
Tarikh: 17 hingga 19 Mei 2013
Masa: 3.00 petang
Tempat: SMK. Taman Desa Jaya, Tiram
Bayaran: RM 100.00
Anjuran : PLNJ & PLD Johor Bahru
Hubungi : Hj Ibrahim Abdullah - 013-7014105
Nota: Pengakap Kelana dibawah 25 tahun yang menyertai kursus
ini akan diberi sijil Lencana Kepimpinan Kelana.

Kursus Manikayu Pengenalan & Peringkat 1
Tarikh: 17 hingga 19 Julai 2013
Tempat: S.K Keroma Barat, Muar
Anjuran : PLD Muar
Hubungi :Hj Ibrahim Abdullah - 013-7014105
Nota : Ahli Pengakap Kelana boleh menyertai bagi mendapatkan
lencana Kepimpinan Kelana

Kursus Manikayu Pengenalan & Peringkat 1 (PKK & PM)
Tarikh: 21 hingga 23 Jun 2013
Tempat: SMK. Dato' Haji Ali Ahmad, Pontian
Anjuran : PLD Pontian
Hubungi :Azhar Noor Rahman
Nota : Ahli Pengakap Kelana boleh menyertai bagi mendapatkan
lencana Kepimpinan Kelana

Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Ke 2
Tarikh: 14 hingga 16 Jun 2013
Tempat: Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Mersing
Bayaran: RM 40 (Peserta), RM60 (Pemimpin)
Anjuran : Sekreteriat Unit Pengakap Laut Kebangsaan
Hubungi : 012-3263126/ 03-20706978


- Sumber dari PLNJ