My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, July 27, 2011

ERC Sunset Beach Camp

Photobucket
Sebahagian ahli 35 dan ERC

Pada 23 hingga 24 Julai 2011, ERC telah mengadakan perkhemahan diatas yang diadakan di Mutiara Bay, Batu Layar, Kota Tinggi. Seramai 20 orang terdiri dari ahli pengakap 35 dan kelana ERC mengikuti perkhemahan ini. Perkhemahan ini lebih kepada aktiviti santai sambil menghayati keindahan angin laut serta beberapa siri ceramah berkenaan keselamatan dan aktiviti di air Pada sebelah malamnya diadakan BBQ dan ramah mesra sesama ahli. Para peserta bertolak pulang jam 2.00 petang dan tiba di Pasir Gudang jam 3.00 petang.

Photobucket
Taklimat dan ceramah dari En. Norhazli

Photobucket
Suasana tapak perkhemahan

Photobucket
Bersama - sama menyediakan ayam untuk
BBQ malam

Photobucket
Ahli 35 sedang membakar ayam untuk BBQ

Photobucket
Seronoknya mandi manda

Sunday, July 24, 2011

Tahniah Dan Syabas Kepada Penerima Ahli ERC Yang Menerima Anugerah Sijil Pengakap Raja

Photobucket

Ucapan tahniah dan syabas kepada:

- Sdri Nurul Hazimah Naman
- Sdri Nurul Hafikah Amzah
- Sdri Nur Syamimi
- Sdri Nur Hidayah jais

dan kepada semua Pengakap Raja Johor yang menerima peganugerah Sijil Pengakap Raja yang disampaikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor di UTHO pada 23 Julai 2011.

Monday, July 4, 2011

Majlis Kesyukuran Sempena Menyambut Bulan Ramadhan

Pada Sabtu 2 Julai 2011, ERC & Kumpulan 35 terbuka bersama - sama dengan JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan majlis diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai hampir 100 orang penduduk sekitar RPP1 hadir dalam majlis ini. Turut hadir ialah YB Dato Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin- Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir juga En. R. Sabapathy- Ahli Majlis MPPG merangkap Penaung ERC dan juga Tn. Hj. Sabran Awang- Pengerusi JKP Zon merangkap Penasihat ERC.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil doa selamat dan bacaan surah Yassin oleh Persatuan Yassin Sepakat RPP1. Diikuti dengan jamuan makan dan kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat yang disampaikan sendiri oleh YB Dato' Seri berkenaan isu-isu semasa. Majlis bermula jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket
En. Norhazli bersama orang2 kuat yang menjayakan
majlis ini

Photobucket
Antara ahli 35 yang berehat setelah penat
berkerja

Photobucket
Bacaan Yassin beramai2 oleh Persatuan Yassin Sepakat
Rumah pangsa Peringkat 1

Photobucket
Ketibaan YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin

Photobucket
Antara sebahagian penduduk yang sedang mendengar
ucapan dari YB Dato' Seri

Photobucket
Carta Organisasi ERC dan Terbuka 35 yang baru
di Pusat Komuniti RPP1 yang juga pusat kegiatan kumpulan