My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Wednesday, June 30, 2010

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Penyelamat Kelemasan Johor (PPKJ) 2010

Diucapkan tahniah kepada En. Norhazli Mohd - Ketua Pemimpin Kumpulan kerana terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa serta En. Khairul Fahmi - Pemimpin Kumpulan sebagai Pemeriksa Kira - Kira 1 persatuan diatas bagi sessi tahun 2010 - 2012 yang diadakan pada hari Isnin 28 Jun 2010 bertempat di Komplek Belia Dan Sukan Negeri Johor, Larkin. Selain perlantikan jawatankuasa yang baru, turut diadakan pembentangan laporan aktiviti serta perancangan aktiviti bagi tahun 2010/2011. Antaranya ialah Kem Renang & Keselamatan Air, Pertandingan Menyelamat Kelemasan Pt. Kebangsaan 2010 serta Majlis Anugerah Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (PPKM). Mesyuarat bermula pada jam 5.30 ptg dan berakhir jam 7.00 malam.

Slide Mesyuarat Agong Tahunan PPKJ ke 15

Ucapan Aluan dari Pengerusi PPKJ

Antara ahli mesyuarat yang hadir

Proses pemilihan AJK yang baru

Tuesday, June 29, 2010

Program Larian Semarak Perisytiharan MPPG Serta Pertandingan Mewarna & Telematch Zon Air Biru 2

Photobucket

Pada 27 Jun 2010, ERC dan Kumpulan 35 telah menghantar seramai 12 orang ahli mengikuti Larian Semarak Perisytiharan MPPG sempena menyambut perisytiharan Pasir Gudang menjadi Majlis Perbandaran pada 1 Julai ini. Seramai 30 orang peserta larian diketuai oleh En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon Air Biru 2 yang juga Pemimpin Pengakap ERC mewakili MPPG Zon Air Biru 2. Penyerahan Baton Watikah Perisytiharan diserahkan olen Tn. Hj. Jamari - Pengerusi JKP Zon Air Biru 3 kepada En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ahli Majlis Zon Air Biru 2 di Hentian 14 Kebayan Tembusu dan memulakan larian sejauh 1.5 km sehingga ke Hentian ke 15 di Kebayan Sena, Rumah Pangsa Peringkat 1.

Selain program larian diatas, Echo Rovers Crew (ERC) mengadakan aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak - kanak dan telematch. Pihak penganjur Larian Semarak juga mengadakan aktivitinya iaitu pertandingan kuiz perisytiharan, edaran kupon cabutan bertuah dan cenderahati yang lain yang dikendalikan oleh jemputan khas dari RTM Johor, En. Azizan. Baton kemudian diserahkan kepada En. Hassan bin Sanip - Pengerusi JKP Zon Air Biru 1 untuk larian seterusnya. Larian ini akan berakhir di Hentian ke 20 pada malam 30 Jun di Menara Aqabah. Seorang ahli pengakap kump. 35 telah dipilih mewakili zon Air Biru 2 mengikuti larian terakhir dan penyerahan Baton Perisytiharan kepada Menteri Besar Johor di Menara Aqabah pada 30 Jun 2010.

Photobucket
Penyampaian Baton Perisytiharan oleh Tn. Hj. Jamari
kepada En. Sabapathy di Hentian 14 Kebayan Tembusu

Photobucket
Peserta larian Semarak Perisytiharan sedang berlari
menuju Hentian 15 Kebayan Sena

Photobucket
Pertandingan mewarna di Kebayan Sena
Rumah Pangsa Peringkat 1

Photobucket
Antara ahli Pengakap ERC sedang bergambar bersama
En. Sabapahty Ahli Majlis MPPG yang juga Penaung
Echo Rovers Crew

Photobucket
Antara penduduk di sekitar kawasan Zon Air Biru 2
yang hadir memeriahkan program ini

Photobucket
En. Azizan dari RTM Johor sedang mengendalikan
pertandingan kuiz Semarak Perisytiharan

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna
disampaikan oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon Air Biru 2

Photobucket
Antara acara Telematch yang dikendalikan oleh Echo Rovers Crew

Tuesday, June 15, 2010

Telematch & Pertandingan Mewarna Peringkat Zon MPPG Air Biru 2

ERC akan menganjurkan aktiviti dibawah sempena Program Larian Semarak Perisytiharan yang akan dijalankan mengikut ketetapan dibawah:

Aktiviti: Telematch & Pertandingan Mewarna Pt. Zon Air Biru 2

Tarikh: 27 Jun 2010 (Ahad)

Tempat: Kebayan Sena, Rumah Pangsa Peringkat 1

Masa: 12.00 tengahari

Semua ahli ERC & Kump. 35 dijemput hadir membantu program ini.

Tuesday, June 8, 2010

Makluman Dari PLNJ - Kursus MK & Penyertaan PK Dalam Kursus MK

Persekutuan Pengakap Negeri Selangor akan mengadakan kursusnya sepertimana ketetapan dibawah:

Aktiviti: Kursus Manikayu Bahagian 3.1 Unit P. Kelana
Tarikh: 30 Julai hingga 1 Ogos 2010
Tempat: Kem Temasya Rimba Templer,Rawang Selangor.

PLNJ membenarkan mana-mana Pemimpin P. Kelana Negeri Johor yang ingin mengambil kursus ini boleh memohon dengan syarat menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor dan Johor atas perkara tersebut. PLNJ tidak dapat mengadakan kursus MK 3.1 PK. Harap maaf

Penyertaan Pengakap Kelana Ke Kursus Manikayu

Ditujukan kepada PENGAKAP KELANA sahaja iaitu anda boleh menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN DAN PERINGKAT SATU(1) dianjurkan oleh PPM Daerah anda TETAPI anda TIDAK diberi SIJIL MK sebaliknya anda menerima LENCANA KEPIMPINAN dan sijilnya.(Sila rujuk kepada Buku Skim Latihan P.Kelana)

Dengan ini anda layak menjadi Penolong Pemimpin/Pemimpin dikumpulan Pengakap Daerah anda atau Kumpulan Terbuka. Jika ada masalah hubungi saya Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi Latihan Negeri Johor - 07-7767084, 013-7014105 untuk keterangan lanjut, terima kasih

Sunday, June 6, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Bahagian 3.2 PLNJ Ditangguhkan

Untuk makluman Kursus Kepimpinan Manikayu Bahagian 3.2 Unit PKK dan PM yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Julai 2010 ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri atas permintaan SC Johor,. Tarikh baru bagi kursus tersebut akan dimaklumkan kemudian.

~ Sumber dari Blog PLNJ

Saturday, June 5, 2010

Program Semarak Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang

ERC dan Kumpulan 35 dijemput menyertai program dibawah:

Aktiviti: Karnival Sukan Tradisional

Tarikh: 26 dan 27 Jun 2010

Tempat: Bukit Layang - Layang Pasir Gudang

Masa: 8.00 pagi


Aktiviti: Cabaran Menara Aqabah

Tarikh: 26 hingga 30 Jun 2010

Tempat: Aras 1 Menara Aqabah MPPG, Pasir Gudang

Masa: 9 pagi dan 2.00 petang/ 29, 30 Jun 2010 - 2.00 ptg shj

Penyertaan: Berumur 18 tahun keatas dan sihat tubuh badan

Aktiviti: Larian Semarak Pengisytiharan (Mewakili Zon Air Biru 2)

Tarikh: 27 Jun 2010

Tempat: Kebayan Tembusu hingga Kebayan Sena

Masa: 12.00 tengahari


Pertanyaan hubungi
En. Khairul Fahmi - 0177069151

Tuesday, June 1, 2010

Kursus Kepimpinan Manikayu Bahagian 3.1 ScoutsJB

Pada 28 hingga 30 Mei 2010, En. Khairul Fahmi dijemput sebagai Pembimbing di kursus diatas yang diadakan di Kem Reakreasi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. seramai 43 orang pemimpin dari kumpulan - kumpulan pengakap dalam daerah Johor Bahru menyertai kursus ini. Kursus ini dijalankan 2 unit iaitu Unit PKK diketuai oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Abdullah, Pengerusi PLNJ dan bagi Unit PM diketuai oleh En. Azhar bin Noor Rahman, Pesuruhjaya Daerah Pontian.

Kursus bagi peringkat ini banyak dijalankan secara Latihan dalam Kumpulan (STA) bagi melatih pemimpin - pemimpin pengakap memberikan idea dan berkongsi bersama bagi menyempurnakan sesuatu kerja STA yang diperlukan. Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh En. Mohs Azlan bin Ab. Jalil, Penolong Pesuruhjaya Negeri Johor (Pembangunan Pengakap). Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Khairi bin Jailani, Pemangku Pesuruhjaya Daerah JB.

Suasana para peserta sedang mendengar ceramah
dari jurulatih di dewan kuliah


Peserta Kursus bagi PKK sedang menjalankan STA

Peserta kursus unit PM juga sedang menjalankan STA

Semasa istiadat mengibarkan bendera

Pembimbing kursus sedang menjalankan Pemeriksaan Pagi

Para peserta yang sibuk mendirikan gajednya diwaktu malam

Antara suasana tapak perkhemahan kursus