My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Tuesday, February 23, 2010

Kegiatan COMBI dan Gotong Royong Zon Tmn Air Biru 2 Kali Ke 2

Pada Ahad 21 Febuari 2010, Pasukan Pengakap Komuniti dijemput menjayakan program diatas bagi membantu membersihkan kawasan sekitar Masjid Taman Air Biru dan Tadika KEMAS Rumah Pangsa Peringkat 1 anjuran JKP Zon Taman Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2. Selain dari pengakap, seramai 30 orang terlibat dari COMBI Zon Tmn Air Biru 2, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 dan Persatuan Penduduk Perjiranan 10 hadir bersama - sama bergotong royong membersihkan persekitaran Masjid dan Tadika KEMAS. Turut hadir wakil dari Jabatan Kesihatan MPPG, En. Ariffin bagi bersama - sama menjayakan program ini. Selain gotong - royong, para peserta juga menghapuskan serta memastikan tiada lagi tempat - tempat pembiakan nyamuk aides dikawasan berkenaan. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Kumpul baju dan kain banyak - banyak

Sedang membersihkan pekarangan masjid

Posing - posing sambil membersihkan halaman Tadika KEMAS

Bersama - sama penduduk membersihkan pagar tadika

Berehat setelah penat bergotong royong

Thursday, February 11, 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010 Dari Kami

Funscrape.Com

"One Night Stand" Gathering Camp

Tarikh
27 hingga 28 Febuari 2010

Tempat
Tapak Kem KRT'D, Kg. Sungai Tiga
Tanjung Langsat

Bayaran
RM 25.00

Sasaran
Pengakap Muda/Remaja/Kelana
Kumpulan 35 dan ERC JB

Monday, February 8, 2010

PPM Kuala Lumpur - Scouts For Nature 2010

SCOUTS FOR NATURE
Stripes R Icon Campaign 2010

Tarikh
28 Februari 2010

Masa
8.00 pg hingga 5.00 ptg

Tempat
Zoo Negara, K.Lumpur

Pakaian
Seragam Pengakap

Bayaran
RM 20.00 (Makan,minum/cenderahati,sijil)

Sesiapa yang berminat sila hubungi
012-3431021 JUN/012-2953716 TAN.

Perjumpaan Bekas Pengakap Raja Negeri Johor

Tarikh
20 Febuari 2010 (Sabtu)

Masa
2.30 petang

Tempat
Dewan Sek Men Tinggi Kluang, Johor

Bayaran:
RM 10.00 seorang

Dijemput semua bekas-bekas Pengakap Raja didalam Negeri Johor untuk hadir. Hebahkan. Untuk keterangan hubungi DC Pontian-Abah 0127441552.

Saturday, February 6, 2010

Kata Hikmat

“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”

~Hamka

Wednesday, February 3, 2010

Jambori Pengakap 1 MALAYSIA

Sempena Hari Belia 2010 pada 16 Mei 2010,Kementerian Belia & Sukan akan menganjur Jambori 1 Malaysia khas untuk PPM sahaja."PERTANDINGAN KEMAHIRAN DAN INOVASI PENGAKAP" Ini adalah untuk unit PKK,PM,PR,PK.

Tujuan

1. Memberi pendedahan dan mencungkil kemahiran yg ada dlm setiap ahli pengakap serta menunjukan kemahiran reka cipta manupalatif yg mempunyai inovasi terancang
2. Membawa suatu perhimpunan dlm menjalinkan hubungan ke arah 1 Malaysia
3. Memberi peluang dapat bercampurgaul antara semua kaum,beramah mesra diantara kumpulan,daerah,negeri dan negara

Objektif

Menjadikan pertandingan kemahiran dan inovasi pengakap sebagai tempat melahirkan ahli pengakap yg mempunyai kemahiran yg kreatif dan inovasi

Tarikh : 13 hingga 16 Mei 2010
Tempat : Paya Indah Wetland, Dengkil,Sepang Selangor

Kaedah perhimpunan dan tempat pertandingan

Pertandingan ini akan dilaksanakan secara berkhemah seolah-olah mini jambori yg akan melibatkan peserta akan membuat gajet-gajet dan keperluan sepertimana berkhemah secara jambori.

Artikel dari Blog PLNJ

Rover Moot Sedunia kali ke 13


Tarikh
27Julai hingga 7 Ogos 2010

Tempat
Rowallan Scout Camp,Nairobi Kenya Afrika

Berminat hubungi En Rahim Hamid Ibupejabat PPM-0176156880

Taklimat Orientasi Echo Rovers Crew 2010

Pada Ahad 31 Januari 2010, ERC mengadakan sessi taklimat dan orientasi bagi bakal - bakal kelana ERC yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1, Pasir Gudang. Seramai 13 orang ahli bakal Pengakap Kelana hadir dalam sessi ini. Sessi ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan asas diri seorang Pengakap Kelana. Turut diadakan juga sessi brainstorming dan membincangkan perancangan - perancangan untuk bakal kelana sebelum menjadi seorang Pengakap Kelana. Sessi taklimat ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

En. Norhazli selaku Pemimpin ERC memberikan
taklimat sessinya.

Antara bakal kelana ERC yang hadir

Khusyuk mendengar

Antara Pemimpin dan Kelana ERC yang hadir