My photo
No 155, Jalan 10/14 Perumahan Bakti 2,
81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia



Pusat Kegiatan:
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1,
Jalan 10/17, Pasir Gudang.


Email: pengakap35e@yahoo.com

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wednesday, August 19, 2009

1 MALAYSIA

Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Kempen Rakan Alam Sekitar Parlimen Pasir Gudang

Pada Ahad 16 Ogos 2009, Seramai 10 orang Pasukan Pengakap 35 dan ERC dijemput bagi menjayakan program diatas anjuran Jabatan Alam Sekitar Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Tmn Air Biru 2, Jawatankuasa Gabungan UMNO Kawasan Taman Air Biru dan KEMAS Johor Bahru telah mengadakan program kempen diatas yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Kempen ini dirasmikan oleh oleh Y.Bhg Tn. Hj. Lukman bin Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar Johor. En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, Wakil dari KEMAS dan En. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Pasir Gudang. Majlis ini juga mengadakan penyampaian anak pokok untuk menghijaukan taman kepada ketua - ketua masyarakat dalam Tmn Air Biru serta penyampaian beg sumbangan dari KEMAS untuk murid2 tadika oleh YDP Pasir Gudang. Majlis perasmian disudahi dengan kempen penanaman pokok beramai - ramai oleh semua ketua masyarakat, politik dan jabatan. Selain kempen dijalankan banyak aktiviti antaranya ialah Sukaneka Hari Keluarga anjuran UMNO cawangan MSE Flat, pertandingan melukis, mewarna, gubahan dan masakan. Pameran dari jabatan kerajaan, demonstrasi dan kempen pengumpulan barang elektrik terpakai e-waste.

VIP termasuk YDP Pasir Gudang

Suasana meriah kempen berkenaan

Aktiviti Pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak - kanak

Antara ahli 35 dan ERC yang terlibat dalam kempen ini.

Salah satu acara sukaneka yang dipertandingkan

Friday, August 14, 2009

Influlenza A ( H1N1 )

H1N1 kini sedang merebak di Malaysia. Waspada kepada tempat berisiko jangkitan virus H1N1. Untuk keselamatan dan langkah berjaga - jaga dalam mencegah H1N1:

1. Elakan dari berada dikawasan padat dengan orang ramai.
2. Sentiasa memakai topeng semasa berada dalam khalayak.
3. Menjaga kebersihan diri dan kebersihan pemakanan.
4. Menutup mulut sekiranya bersin atau batuk.

Untuk keterangan lanjut klik dibawah.
Info Bekenaan H1N1
Cara Menjaga Kesihatan Diri
Kebersihan Tangan
Cara Pengunaan Topeng

Wednesday, August 12, 2009

Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM serta Pingat 100 Tahun Kepengakapan Peringkat Negeri Johor

Majlis penganugerahan diatas disempurnakan oleh Dato' Seri Dr Hj Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru pada hari Sabtu 8 Ogos 2009. Antaranya 3 orang Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru yang juga pemimpin kumpulan 35 dan ERC telah menerima anugerah pingat dibawah:

En. Norhazli bin Mohamad

- Pingat Perkhidmatan Baik

- Pingat 100 Tahun Kepengakapan

En. Khairul Fahmi bin Jaafar

- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan

Pn. Eliza binti Moktar

- Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Pingat 100 Tahun Kepengakapan


Rupa bentuk Pingat 100 Tahun Kepengakapan dianugerahkan kepada pemimpin yang banyak berjasa dan berbakti sepanjang perkhidmatanya dalam kepengakapan

Tuesday, August 11, 2009

AL FATIHAH

kepada
Allahyarham Mohamad bin Aranan,
ayah kepada Norhazli bin Mohamad
Pemimpin Kumpulan 35 (t) dan ERC
yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu
17 Syaaban 1430 Hijrah bersamaan dengan 8 Ogos 2009 Masihi

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya
dan ditempatkan dengan orang - orang yang beriman.
Amin